Fungsi Peguam Hartanah Dalam Urusan Pembelian Hartanah Anda

Kandungan Artikel

Sebagai seorang pembeli, adalah amat penting untuk mengambil tahu fungsi peguam hartanah di dalam urusniaga hartanah anda.

Jika tidak, anda akan merasakan yuran yang dibayar untuk khidmat peguam hartanah adalah satu pembaziran.

Sebenarnya, yuran tersebut sangat murah jika dibandingkan dengan risiko kerugian yang bakal dihadapi bagi urusniaga tanpa khidmat peguam hartanah.

Risiko urusniaga hartanah tanpa peguam

Kesan Negatif Urusniaga Hartanah Tanpa Peguam

Risiko-risiko bagi urusniaga hartanah yang tidak menggunakan khidmat peguam hartanah adalah:

1. Proses urusniaga lambat

Tanpa nasihat peguam hartanah, urusniaga hartanah akan mengambil masa yang lebih lama daripada sepatutnya.

2. Gagal daftar

Urusan pindahmilik gagal didaftarkan di pejabat tanah disebabkan dokumen yang tidak teratur.

3. Rugi deposit

Wang deposit rumah hangus kerana masalah geran atau penjual yang tidak jujur.

4. Didenda LHDN

Dokumen yang lewat disetem tanpa sebab munasabah akan didenda oleh LHDN.

5. Didenda Pejabat tanah

Pejabat Tanah juga akan mendenda dokumen yang lewat daftar tanpa sebab munasabah.

6. Pindahmilik gagal

Geran gagal dipindahmilik keatas nama Pembeli walaupun pembeli sudah membayar wang deposit.


Secara keseluruhan, kesan-kesan negatif ini bakal membantutkan proses urusniaga hartanah anda. 

Langkah yang terbaik bagi seorang pembeli adalah untuk melantik peguam hartanah sebagai wakil.

Peguam hartanah perlu dilantik sebelum sebarang urusniaga hartanah berlangsung.

Fungsi-fungsi peguam hartanah

Seorang peguam hartanah yang baik akan menjalankan fungsinya sebagai wakil kepada pembeli tanpa gagal.

Berikut adalah beberapa fungsi-fungsi penting seorang peguam hartanah didalam sesuatu urusniaga hartanah :

1. Menyemak pemilik geran dan status hartanah.

Menyemak Pemilik Geran Dan Status Hartanah.

Proses menyemak pemilik geran dan status hartanah adalah satu proses paling awal dibuat oleh seorang peguam hartanah.

Proses ini akan dibuat melalui carian hakmilik di pejabat tanah.

Hasil carian hakmilik ini akan memaparkan maklumat rekod ketuanpunyaan penjual dan memastikan penjual adalah pemilik yang sah, berdaftar dan berkepentingan.

Maklumat pemegang gadaian dan maklumat tempoh pajakan juga akan dipaparkan di dalam carian tersebut.

Proses carian hakmilik ini dibuat bagi mengelakkan pembeli membuat sebarang bayaran wang deposit kepada individu yang salah.

Peguam hartanah hanya perlukan salinan geran hartanah untuk menjalankan proses carian hakmilik ini.

2. Menyediakan dokumen urusniaga hartanah mengikut prosedur undang-undang.

Menyediakan Dokumen Urusniaga Hartanah

Dokumen-dokumen yang disediakan oleh peguam hartanah sepanjang urusniaga hartanah adalah terikat dengan undang-undang kontrak dan tanah.

Proses dokumentasi akan dibuat oleh peguam hartanah bermula dari awal urusniaga hartanah berlangsung sehinggalah sempurna pindahmilik dari penjual kepada pembeli.

Diantara dokumen-dokumen yang akan disediakan oleh peguam hartanah adalah:

  • Dokumen perjanjian jual beli yang melindungi kepentingan pembeli.
  • Dokumen pelepasan gadaian dari bank penjual.
  • Dokumen untuk memohon kebenaran pindahmilik atau gadaian.
  • Dokumen pinjaman perumahan bagi bank atau LPPSA.
  • Dokumen memasukkan kaveat ke atas hartanah.
  • Dokumen melepaskan gadaian selepas bayaran pinjaman selesai.

Tambahan lagi, ada diantara dokumen diatas perlu diadjudikasi untuk bayaran setem hasil atau notis taksiran.

Kemahiran yang tinggi di dalam bidang undang-undang diperlukan ketika menyediakan dokumen-dokumen urusniaga hartanah tersebut.

Secara kasarnya nampak mudah, tetapi ia adalah satu proses yang rumit jika dibuat tanpa pengalaman dan ilmu undang-undang.

3. Menangani isu berbangkit sepanjang urusniaga hartanah.

Menangani Isu Berbangkit Urusan Hartanah

Setiap urusniaga hartanah adalah unik dan mempunyai isu yang berbeza-beza.

Peguam hartanah yang berpengalaman tahu bagaimana cara untuk menangani isu yang berlaku di dalam setiap urusniaga hartanah.

Pengalaman peguam hartanah tersebut akan menjimatkan masa semua pihak yang terlibat di dalam sebarang urusniaga hartanah.

4. Memudahkan urusan permohonan pinjaman bagi pembeli.

Memudahkan Permohonan Pinjaman Pembeli

Pembeli juga boleh melantik peguam hartanah bagi menguruskan permohonan pinjaman bank atau pinjaman perumahan kerajaan LPPSA.

BACA : Belajar perbezaan antara pinjaman bank dan pinjaman LPPSA di sini.

Bagi permohonan pinjaman bank, peguam hartanah akan mencadangkan beberapa jenis bank yang dirasakan sesuai bagi pembeli.

Biasanya bank yang dicadangkan adalah bank yang mempunyai hubungan baik dengan peguam hartanah tersebut.

Permohonan pinjaman bank yang dibuat melalui peguam hartanah diproses dengan lebih cepat berbanding permohonan yang dibuat secara individu.

Bagi permohonan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA, peguam hartanah akan membantu pembeli dalam proses dokumentasi , memilih jenis pinjaman dan proses permohonan atas talian.

5. Memegang amanah wang ringgit bagi pembeli.

Memegang Amanah Wang Ringgit Pembeli

Peguam hartanah mempunyai satu akaun bank khas yang dipanggil “Client Account” atau “Trust Account”.

Akaun khas ini berfungsi untuk menerima bayaran daripada pembeli dalam sesuatu urusniaga hartanah sebelum dilepaskan kepada penjual.

Bayaran yang dibuat ke dalam akaun khas ini adalah untuk menjaga kepentingan pembeli sebelum pindahmilik geran berlaku.

Peguam hanya akan melepaskan bayaran mengikut terma-terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam perjanjian jual beli.

Ini menjadikan setiap transaksi yang berlaku sepanjang urusniaga berlangsung lebih selamat dan terkawal.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, peguam hartanah berfungsi sebagai satu perlindungan kepada hak anda sebagai pembeli.

Disamping hak anda dilindungi, peguam hartanah juga akan menjadikan urusniaga hartanah anda lebih lancar tanpa sebarang masalah.

Anda boleh melantik peguam hartanah kami yang berpengalaman di Puteri Balqis & Co sebagai wakil anda.

Peguam hartanah kami sudah banyak selesaikan pelbagai kes urusniaga hartanah di seluruh Malaysia.

Anda boleh dapatkan sebutharga percuma bagi kes anda melalui whatsapp di https://peguamhartanah.wassap.my .

Lebih suka bercakap melalui telefon? Anda boleh berbincang terus dengan peguam hartanah kami melalui panggilan telefon di 018-2127 655 .

Kandungan Artikel

Leave a Comment

Your email address will not be published.