Suria Din & Associates - Peguam Hartanah Sungai Petani

Semak Tiga Perkara Ini Sebelum Membeli Rumah Tahun 2024

Dikemaskini pada 17 Februari 2024
Pengarang : 
Nur Syakirah binti Yusof

Pertama sekali kami ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana membuat keputusan untuk membeli aset hartanah, sama ada rumah atau tanah.

InsyaAllah pembelian hartanah ini akan menjadi perlaburan yang terbaik untuk masa depan anda.

Majoriti klien kami (pembeli rumah pertama) tidak tahu apa yang perlu dibuat sebelum membeli hartanah idaman beliau.

Jadi disini kami akan berkongsi 3 langkah awal yang perlu anda buat sebelum meneruskan hasrat untuk membeli hartanah.


Perkara 1 : Semak kelayakan pembiayaan (financing) dengan pihak bank.

Perkara pertama yang paling penting sebelum anda membuat keputusan membeli aset hartanah adalah untuk menyemak kelayakan pembiayaan anda.

Adakah anda layak untuk mendapatkan pembiayaan yang setara dengan harga hartanah tersebut?

Anda boleh buat semakan terus dengan pihak bank atau boleh hubungi peguam hartanah terbaik kami untuk membuat semakan bagi pihak anda.

Jika harga hartanah tersebut dijual di bawah harga pasaran, anda mempunyai peluang untuk ‘mark-up’ jumlah pembiayaan anda kepada harga pasaran bagi menampung kos renovasi rumah dan bayaran guaman.


Perkara 2 : Semak kos awal yang perlu digunakan.

Terdapat 4 Bahagian kos awal yang perlu disediakan oleh pembeli:

Kos Awal A : Deposit

Deposit bergantung atas budi bicara penjual, tetapi biasanya penjual akan meletakkan deposit sebanyak 10% daripada harga jualan. Kos ini adalah untuk menunjukkan anda serius untuk membeli rumah tersebut.

Deposit boleh disediakan melalui akaun simpanan atau akaun 2 KWSP pembeli.

Kos Awal B : Yuran Guaman

Jika anda membeli dengan pembiayaan bank, peguam akan keluarkan bil transaksi pindahmilik dan bil transaksi gadaian.

Jika anda membeli secara tunai, hanya bil pindahmilik akan dikeluarkan.

Untuk mendapatkan sebutharga guaman hartanah yang berpatutan, boleh hubungi peguam hartanah terbaik kami.

Kami akan nyatakan setiap kos dengan terperinci dalam sebut harga kami.

Kos Awal C : Kos duti setem pindahmilik dan dokumen pinjaman bagi pembelian rumah kedua.

Berita baik bagi pembeli rumah pertama, kos duti setem pindahmilik akan dikecualikan jika pembeli belum pernah membeli rumah.

Tetapi, kos duti akan dikenakan untuk pembelian rumah kedua dan seterusnya. Nilai kos duti setem pindahmilik ini bergantung kepada harga belian rumah tersebut.

Pengiraan kos duti setem pindahmilik boleh disemak di Portal Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Kos Awal D : Yuran / Kos Penilaian

Kos penilaian (“Valuation Fee”) akan dikenakan oleh Penilai Hartanah. Pihak bank akan memaklumkan jumlah yuran penilaian berdasarkan jumlah harga jualan rumah.


Perkara 3 : Semak Status geran rumah yang ingin dibeli.

Anda perlu membuat semakan dengan melihat salinan geran untuk mengetahui lebih lanjut mengenai status hartanah idaman anda tersebut.

Antara status yang perlu disemak adalah:

a) Adakah Geran masih mempunyai gadaian atau hutang dengan intitusi kewangan atau tidak.
b) Penjual wajib mempunyai rekod ketuanpunyaan didalam geran.
c) Penjual mestilah bukan seorang yang bankrup.
d) Penjual adalah individu yang masih hidup. (Jika meninggal dunia, urusan pusaka harus diselesaikan terlebih dahulu.)
e) Jika kes geran induk, penjual wajib merupakan seorang pemilik berkepentingan keatas hartanah tersebut.

Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk menyemak status geran, anda boleh hantarkan salinan geran kepada kami untuk kami bantu dengan memberi nasihat lanjut.


Penutup

Kami harap perkongsian kami ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam membuat persediaan membeli hartanah idaman anda.

Jika anda ada apa-apa pertanyaan, anda boleh hubungi peguam hartanah kami untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman dari kami.

Kami bersedia untuk memudahkan urusan hartanah anda.

Nur Syakirah binti Yusof
Peguam Hartanah Suria Din & Associates

Mencari peguam jual / beli hartanah ?

Peguam kami di Suria Din & Associates boleh menguruskan kes jual atau beli hartanah anda. Hubungi peguam kami untuk maklumat lanjut dengan klik butang dibawah.
Dapatkan Bantuan Peguam Kami Sekarang !
Suria Din & Associates - Peguam Hartanah Sungai Petani
No.29, Tingkat 2, Jalan Tuanku Haminah 1,
Taman Tuanku Haminah, 08000
Sungai Petani, Kedah.
Tel Office : 04-7291087Whatsapp : 018-2127655Email : [email protected]
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram