Profil Puteri Balqis & Co

Profil ringkas berkenaan firma guaman kami dan latar belakang peguam hartanah kami.

2 Rakan Kongsi Firma Guaman

PBCO diasaskan oleh dua orang rakan kongsi. Secara keseluruhan, PBCO merupakan firma guaman milikan wanita (women-owned).

Berdaftar sebagai Panel LPPSA

PBCO merupakan firma guaman panel yang berdaftar untuk Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

RM 3 Juta Tuntutan Risiko

Setiap kes yang diuruskan oleh firma guaman PBCO dilindungi dengan perlindungan insurans jika berlaku kecuaian professional.

Sejarah penubuhan Puteri Balqis Co

Bagaimana Kami Bermula

Puteri Balqis & Co (PBCO) ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Puan Puteri Balqis Binti Junaidi yang menguruskan firma guaman di Alor Setar. Berbekalkan semangat yang besar dan kental telah membuatkan PBCO mempunyai asas yang kuat untuk kekal stabil sehingga hari ini.

Pada 1 Januari 2019, PBCO melebarkan cawangan firma guaman hartanah ke Sungai Petani, Kedah yang diuruskan sepenuhnya oleh rakan kongsi, Puan Nur Syakirah binti Yusof.

Pencapaian Puteri Balqis & Co sejak penubuhan

Pencapaian PBCO

Sepanjang tempoh empat tahun dalam perkhidmatan guaman hartanah, PBCO telah berjaya membuatkan klien-klien kami melantik semula firma kami untuk menguruskan pelbagai urusan hartanah klien.

Perkhidmatan kami yang telus, tanpa ada kos tersembunyi dan sentiasa berkomunikasi merupakan sebab utama mengapa klien-klien kami senang untuk berurusan dengan firma kami. 

PBCO mempunyai perlindungan insurans professional sebanyak RM3 juta bagi setiap tuntutan risiko jika berlaku kecuaian professional (‘Professional Negligence’). Sehingga ke hari ini, tiada tuntutan kecuaian pernah dibuat ke atas firma kami.

PBCO juga adalah salah satu firma panel yang berdaftar Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).  

PBCO sentiasa meletakkan standard tinggi dalam khidmat guaman yang diberikan.

Profil rakan kongsi Firma Guaman Hartanah
Puteri Balqis & Co (Sungai Petani)

Nur Syakirah binti Yusof

Peguam kami, Puan Nur Syakirah Binti Yusof ialah salah seorang rakan kongsi firma Puteri Balqis & Co yang menguruskan firma di cawangan Sungai Petani, Kedah.

Beliau mempunyai kelulusan LL.B (HONS) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan telah diterima masuk sebagai peguam bertauliah pada tahun 2015. Bermula sebagai peguam pelatih di Tetuan Sharihah Thauhirah Osman & Associates dan berkhidmat sebagai peguam di Tetuan Mohd Anuar & Co, beliau kemudian melihat kerjaya sebagai peguam hartanah lebih sekadar satu profesion. 

Minat beliau yang mendalam dalam menguruskan urusan jual beli hartanah telah mencetuskan semangat untuk mengambil tanggungjawab yang lebih besar dan menanggung liabiliti  yang tinggi dengan membuka anak firma atas pengurusan beliau sendiri berstatus rakan kongsi dengan  rakan kongsi beliau yang dihormati, dan berdedikasi Puan Puteri Balqis Binti Mohd Junaidi.

Percaya dengan prinsip, seorang peguam haruslah  menggalas tanggungjawab dan menjaga kepercayaan yang diberikan anak-anak guam, hubungan tersebut haruslah lebih dekat, ‘one to one approach’, mempunyai komunikasi yang baik dan dua hala, memahami kehendak anak-anak guam dan semestinya menjaga kepentingan anak-anak guam sebaik mungkin. 

Kami memberi khidmat profesional bersifat casual dengan pendekatan mesra anak guam, kerana kami percaya anak guam yang gembira dengan servis guaman apabila kehendak dan keperluan mereka dipenuhi.

Papan Tanda Puteri Balqis & Co - Peguam Hartanah Sungai Petani
Sesi Perjumpaan Puteri Balqis & Co - Peguam Hartanah Sungai Petani
Sesi Perjumpaan Kedua Puteri Balqis & Co - Peguam Hartanah Sungai Petani
cropped-pbco-favico.jpg